“Segalanya bermula apabila beliau meminta bapanya membelikan beliau hadiah kerana beliau mendapat tempat pertama di dalam kelas. Namun bila sampai di kedai berkenaan , beliau mengambil barang yang beliau gemari dan bila mahu membayar, bapa beliau (Abang Abu – Mentor saya) enggan membayarnya. Beliau tidak berpuasa hati dan geram dengan keputusan ayahnya, lantas mengambil tindakan tidak mahu bercakap dengan bapanya beberapa hari”.
“Bapa berpesan, jika hendak sesuatu mesti berusaha mendapatkannya dan mula berniaga. Beliau hanya berdiam diri memikirkan apa perniagaan yang boleh dilakukan oleh seorang pelajar berusia Sembilan tahun. Nak dijadikan cerita, satu hari semasa beliau pergi ke pasaraya, tiba – tiba beliau terlihat banyak poskad – poskad di kedai tersebut. Lalu tercetuslah idea dimana beliau hendak menjual poskad yang berisi kata – kata motivasi dan bijak pandai.
Setelah berbincang dengan bapa beliau, bapanya bersetuju untuk meminjamkan beliau RM4000. Dengan bantuan bapa saudara beliau yang mereka bentuk poskad tersebut, beliau mula menjual poskad itu dipelbagai tempat seperti dipasaraya dan di sekolah. Dengan berkat kesabaran beliau, Alhamdulillah ketika berusia 12 tahun, beliau dapat mengumpul hampir RM500,000 wang simpanan. Di dalam masa yang sama sempat juga beliau ada menerbitkan buku yang bertajuk 7 Steps To Become A Young Entrepreneur”.
Menurut Ashik, di dalam buku beliau ada menyatakan makna enam huruf dalam namanya yang menjadi asas kepada perniagaan yang beliau jalankan sekarang. Antaranya ialah;
A – Aim (Matlamat). Beliau menyatakan dalam kehidupan mestilah mempunyai matlamat dan tujuan. Kita mesti tetapkan matlamat yang kita kehendaki. Semasa perkongsian beliau, ada menyatakan bahawa beliau bermatlamat ingin menjadi seorang Doktor suatu hari nanti.
H – Honesty (Kejujuran). Beliau mengatakan dalam apa – apa jua perniagaan yang kita jalankan, kejujuran adalah factor penting yang akan menjamin kelangsungan sesuatu perniagaan itu. Beliau mengatakan pernah satu ketika semasa menjual produk beliau pelanggannya telah memberikan lebihan wang sebanyak RM10 tanpa disedarinya, lalu beliau memulangkan wang tersebut. Anda nak tahu apa terjadi? Pelanggan tersebut telah membeli lebih banyak lagi tempahan poskad untuk rakan – rakan yang lain.
S – Share (Berkongsi Idea). Berkongsi idea dan membincangkannya adalah lebih baik untuk apa jua jenis perniagaan. Lebih banyak yang anda kongsi, maka lebih banyak yang akan anda nikmati bersama.
H – Humble (Rendah Diri). Tidak kira bagaimana kaya kita sekalipun dan berapa jumlah wang yang kita perolehi dan miliki, kita mesti rendah diri terhadap orang lain. Tidak bersikap bongkak dan riak.
I – Integrity (Ketulusan Hati). Ketulusan hati juga faktor penting perlu ada dalam menjalankan sesebuah perniagaan.
K – Knowledge (Ilmu Pengetahuan). Di dalam apa jua jenis perniagaan, kita mesti ada ilmu. Sebagai contohnya dengan menghadiri seminar, konvensyen atau apa jua kursus yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan kita samada berbayar ataupun yang percuma.
Semasa perkongsian tersebut, beliau menyenaraikan 7 langkah yang sangat penting dalam apa jua perniagaan yang kita jalankan;
- Sikap. Tujuh sikap yang paling penting yang perlu ada pada mana – mana usahawan ialah sabar, yakin kepada diri sendiri, tabah, jujur, rendah diri, adil dan saling menghormati.
- Kajian. Tujuh bidang kajian yang perlu anda ambil kira ialah kajian melalui internet, pemerhatian, bertanya soalan, merujuk kepada mentor, membuat kaji selidik, membaca dan mencari idea baru
- Produk. Tiga solan penting yang mesti difikirkan ialah mengapa produk dan bukan perkhidmatan. Produk apa yang patut dijual dan dimana mahu dijual?
- Menjual. Ada tujuh kemahiran yang perlu ada untuk menjual iaitu kemahiran bercakap, keyakinan diri, persembahan, lokasi yang sesuai, membuat jualan, berunding dan sedia menghadapi penolakan.
- Merancang dan merekodkan kemajuan. Ada lima langkah untuk merekodkan kemajuan dalam perniagaan iaitu dengan menyimpan rekod kewangan bulanan, mencatatkan jumlah jualan, dan jumlah masa yang dihabiskan. Seterusnya pengurusan masa, menyimpan rekod, dan menguruskan rekod setiap urus niaga.
- Selalu memperbaiki diri dan perniagaan. Ada tujuh langkah penting untuk memperbaiki diri iaitu teknik jualan, teknik bercakap, dan berpidato, maklumat tentang produk, telnik menjadi pendengar yang baik, lebih memerhati, lebih inovasi dan membaca lebih banyak buku untuk menambah pengetahuan.
- Pengurusan kewangan. Beliau menyimpan 100 peratus keuntungan perniagaan dan tidak membelanjakannya. Bagi beliau menyimpan wang sangat penting. Antara perkara paling penting yang perlu dilakukan tehadap wang ialah “bercakap” dengannya. Ambil wang RM1 contonya dan katakan “Saya sukakan wang. Saya cintakan wang. Say ad banyak wang. saya ialah manusia paling kaya dalam dunia dan juga lebih kaya daripada Bill Gates”. Beliau berpesan dan menyarankan supaya kita melaungkannya dengan kuat ayat – ayat tadi setiap hari supaya ia menjadi sebahagian daripada diri kita. Kalau anda nak tahu, inilah yang saya lakukan selama ini sehingga sekarang..
Pengurusan yang baik sangat penting dalam mana – mana perniagaan. Jangan berbelanja keterlaluan. Nasihat beliau untuk berjaya anda perlu belanja bila perlu sahaja.
No comments:
Post a Comment